Sabtu, 8 Mac 2014

pengenalan kepada komputer

Pengenalan

Hardware atau dalam bahasa adalah perkakasan. Hardware merujuk kepada komponen komputer yang boleh dipegang atau disentuh. Peralatan komputer seperti papan kekunci atau keyboard, mouse, modem, monitor, casing, speaker, scanner, harddisk, CR-ROM di kelaskan sebagai perkakasan. Selain dari perkakasan luaran, komponen-komponen seperti cip memori, CPU, papan ibu, kad bunyi, kad grafik, kad pemecut grafik, kad SCSI dsb juga dikelaskan sebagai perkakasan. 

Apakah itu komputer ?

Komputer adalah sebuah mesin elektronik untuk menerima data (INPUT). Ia menyimpan data ini serta melaksanakan sebarang arahan mengenai data ini. Akhirnya, ia mengeluarkan keputusan (OUTPUT). Komputer yang pertama dicipta pada masa perang dunia kedua. Sejak dari itu komputer telah mengalami banyak perubahan. Ia telah menjadi lebih murah, lebih kecil tetapi lebih berkuasa dari komputer terdahulu
 PC merujuk kepada komputer peribadi yang mula-mula diperkenalkan oleh IBM. PC kemudian diklonkan dan menjadi popular sehingga hari ini. Pada hari ini PC sering sama ertikan dengan komputer biasa atau komputer peribadi.

Adakah komputer dan IT, sinonim ?

Tidak. Komputer adalah sebuah mesin dan teknologi maklumat adalah sebuah teknik pemindahan maklumat. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa komputer wujud lebih awal dari teknologi maklumat. Teknologi maklumat berkembang dengan kemajuan sistem rangkaian komputer pada awal tahun 90'an. Sistem rangkaian adalah satu sistem atau cara beberapa buah komputer disambungkan supaya ia boleh berinteraksi melalui pemindahan data. Internet adalah merupakan sistem rangkaian komputer yang terbesar. Internet membolehkan penyampaian sesuatu maklumat dapat disampaikan dengan lebih mudah dan pantas.

Komponen komputer

CPU : Unit pemprosesan pusat (central processing unit) adalah komponen yang terpenting sekali di dalam komputer. Unit ini memproses data mentah dan menukarkannya menjadi maklumat yang berguna. Kelajuan sesuatu CPU ditentukan oleh ciri binaan (kelas CPU) dan kelajuan frekuensi (dalam unit Mhz atau GHz). 1 Hz = 1 / saat. 1 Ghz = 10/default.htm00Mhz.
  
Memori : Terdapat dua jenis cip memori di dalam komputer iaitu RAM dan ROM. RAMbermaksud ingatan capaian rawak (random access memory). Memori inilah yang digunakan oleh CPU untuk menyimpan secara sementara, arahan dan data diberikan kepadanya. Faktor ukuran ditentukan oleh jenis memori (FP, EDO, PC66-SDRAM, PC10/default.htm0-SDRAM, PC133-SDRAM, PC210/default.htm0-DDR SDRAM, PC800-RDRAM) dan kapasiti memori (dalam unit Mb).ROM bermaksud ingatan baca sahaja (read only memory) adalah satu ingatan kekal yang mengandungi arahan operasi komputer. Misalnya, arahan yang disimpan di dalamROM akan memberitahu komputer bagaimana untuk mengenal sesuatu kunci keyboard yang ditekan dan bagaimana untuk memaparkan di skrin. ROM juga menyimpan program sistem operasi tahap rendah, di mana ia digunakan untuk POST dan boot komputer.
Papan ibu atau motherboard adalah sebuah papan litar induk/utama dalam komputer. Faktor ukuran adalah ciri yang ditawarkan oleh sesuatu motherboard.
Chipset : Cip yang menjadi pengantara dalam interaksi di antara papan litar, CPU, memori, bus dsb. Setiap m/b mempunyai chipset sendiri, ia tidak boleh diupgrade seperti CPU dan memori (DRAM). Motherboard di atas menggunakan chipset "VIA".
Harddisk : Harddisk adalah media storan utama sebuah komputer. Semua perisian dan data disimpan di dalam harddisk. Harddisk berbeza dari memori di mana harddisk menyimpan sesuatu data secara kekal. Ingatan pada harddisk tidak akan terpadam dengan mematikan komputer. Faktor ukuran adalah kelajuan (dalam unit rpm), kapasiti (dalam unit Mb / Gb / Tb) dan protokol ATA (ATA-33 / ATA66 / ATA-10/default.htm0). Ada dua jenis harddisk utama iaitu IDE dan SCSI. Kelebihan SCSI berbanding IDE ialah beberapa SCSI boleh beroperasi serentak secara berasingan. Bagi penguna PC, harddisk IDE adalah lebih sesuai kerana lebih ekonomi.
Kad grafik : Kad grafik digunakan untuk menukar isyarat digital kepada analog supaya sesuatu imej boleh dipaparkan di skrin monitor. Kad pemecut grafik pula bertindak mempercepatkan proses penukaran isyarat imej digital (termasuk objek 3D seperti poligon). Pada hari ini, kebanyakkan kad grafik mengunakan protokol AGP.
Kad bunyi : Kad bunyi pula digunakan untuk menukar gelombang digital kepada analog dan kemudian dihantar ke speaker. Kualiti kad bunyi pada hari ini adalah lebih baik dari dahulu. Ukuran sesuatu kad bunyi ditentukan oleh kualiti bunyi yang disokong, ciri binaan seperti wavetable dan 3D, dan lebar bit (16bit, 64bit, 128bit). Bagi pengunaan biasa kad bunyi 16bit adalah mencukupi. Jika anda mahu dapatkan kualiti bunyi MIDI yang lebih baik, dapatkan kad bunyi dengan wavetable dan sokongan bunyi 3D.